haa since kita nak cerita pasal MUET, so kena convert storyline dalam BM la ni haha, BMix la saya panggil, hahaha! Okay, sebenarnya saya da amek da MUET ni sebelum ni, tapi sebelum korang fikir nak membahan pasal betapa noob nya saya kena retake MUET ni, biar saya explain dulu ek? okay last year saya da amek da MUET ni sebenarnya, cerita nya masa tu Saya terlepas Reading test, pagi exam tu terbangun lambat (ni la akibat pandang remeh kat MUET.. hmm~) bila sampai je kat test centre tu tinggal lagi 2 minit sebelum exam habes, which turns up rupanya the test i was late for (the reading test) tu rupanya ialah the test yang paling banyak markah! demm! boleh pulak kan?
ha this is the best part. masa tu i was running like hell pergi kat invigilator tu dan tanya dia, boleh tak saya masuk? ni memang paling best lah jawapan dia! tergiang2 sampai harini! dia kata " awak nak masuk sekarang ke? tinggal lagi 2 minit je ni, apa kata awak masuk next test je, if u can score high, u might get a chance to get Band 2 or Band 1.
(untuk cam penerangan lebih sikit kat korang yang baru nak amik MUET, walaupun member2 korang kata band 1 tu fail, some private college doesn't really care pun, asalkan ada amik MUET, mine happens to be amongst college yang mcm itew lah.. Uni of Choice la katakan...)
so there's this clever invigilator influence me untuk fikir "hmm, baik x yah masuk je terus, confident je ah nak score speaking test sebelum ni, so just score lagi 2 paper lah, paling haram pun ada la kot above 100 so band 1 tu mesti da confirm da. setakat kat emesyu nih xde hal lepas sgt la ni~" Which turns up NOT like how i was expecting masa surat sampai rumah a few months later, dia tulis "Total marks - Nil" perghhh! meaning dia, kalau satu paper tak datang consider semua FAIL! utk miss invigilator tu mana tau kot-kot terbaca ke blog ni kan, terima kasih ye miss! best sangat amik MUET byk2 kali! muahx!
okay la okay la, yang lepas tu dah lepas la (dah cerita lepas geram bagai baru nak past is past la kan? haha)
anyway let me give you some guidelines utk future MUET takers nih, if it's worth something googling MUET (kaaan, pasal tu la korang kat sini kan? korang google how to score MUET ennn? en? en? en? en?)
MUET ni ada 4 bahagian test:
Speaking (800/2)- 45 m
Reading (800/3)- 120 m
Writing (800/4)- 90 m
Listening (800/1)- 45 m
Speaking
First time je korang sampai kat sekolah tu, ni la first test korang nanti, muka blur habis, tanya-tanya park guard MUET hall katne bagai, pastu korang akan di kumpulkan kat satu tempat ala-ala waiting room, kat situ korang akan di panggil 4 orang setiap lebih kurang 30 min dan 4 orang ni dipilih mengikut nombor index
'e.g. INDEX NUMBER : MB7017/3535'
nampak yang last tu 3535 kan? ha yang tu maknanya awak orang yang ke 3535 utk test centre tu la, kalau diorg panggil korang dulu, seterusnya 3536,3537,3538 akan ikut sama dengan korang utk first test tu. untuk first test korang, setiap candidate (dia panggil candidate A,B,C,D) akan diberi satu statement, macam contohnya: 'Newspaper is important to impart knowledge and plays a big role in educating the public' and masa tu candidate lain dapat la statement lain macam 'Newspaper plays a big role in advertising' ke, centu2 la. so korang ada lebih kurang 2 minit nak digest, nak hilang kan cuak korang yang dari waiting hall tu , pastu korang diberi chance utk terang kan kenapa statement korang tu betul one by one. then baru dia bagi masa untuk bahas each other dan mesti come up with an agreement dengan which statement korang setuju.
Reading, Writing, Listening
Untuk tiga paper ni, korang akan ambil exam beramai-ramai berbeza dengan speaking test tadi, korang akan ditempatkan dalam hall, kalau tak silap satu paper satu jam, ada 30 min break utk setiap paper. since reading haritu saya tak datang, so meh la kita sama2 tengok reading test mcm mana 20th july ni ek? haha, haa yang paling penting,
JANGAN jawap secara pendek, padat dan tepat JE. kalau korang tau ayat-ayat bombastic tebabom tercampak-campak tu sile lah gune time ni! bila lagi next korang nak poyo maut? ha! time ni la! but make sure you know what you wrote and what it means lah ya?
Writing
untuk writing, korang akan kena macam zaman SPM dulu, (well, semua pun mcm SPM dulu anyway) korang kena tulis essay, panjang kan cerita and all those kinds of things la, senang je lah, chill je ;)
Listening
masa listening tu diorang akan play tape (or mp3 ke depending on kemajuan technology masakini), i suggest u guys sila lah dengar betul-betul demi kebaikan anda time ni, dia akan play dua kali, so amek pencil 2B yang korang beli semata MUET tu, remember to jot down benda yang korang bajet penting masa the first play tu siap2, and kalau bajet korang tu tak mengena, beri extra perhatian masa second play. macam mana nak tau mengena atau tak? ha, the moment dia play first time, korang terus tengok soalan, cari jawapan siap-siap ikut turutan, kalau terlepas jawapan tu jgn gundah-gulana (eh, betul ke eja?) korang tunggu second play tu korang cari balik jawapan sambil check yang korang da jawap tu.
Band 1-6 ranking explanation
Band 6 - mimpi disiang hari, x penah ada orang dapat
Band 5 - boleh buat kenduri kesyukuran dah
Band 4 - Habes power dah ni! mulut da senget2 da masa speaking test
Band 3 - uuw power siot~ power siot~
Band 2 - okay ar ni~ okay pe~ eleh muet je pon
Band 1 - *diam dan x ckp byk kalau org x tanya x bagitau (don't ask don't tell)
haha okay tu was how i look at the ranks la tapi the real marking system is:
Band 6 260-300
Very good user
Penggunaan bahasa terbaik. penuh expression, lancar, tepat dan berpatutan. tak ada silap langsung. pemahaman bahasa dan konteks yang sangat baik. berfungsi dengan baik dalam bahasa.
Band 5 220-259
Good user
Fasih, bahasa yang tepat dan sesuai expression tapi ada silap kecil. Pemahaman yang baik terhadap bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.
Band 4 180-219
Competent user
Memuaskan expression dan fasih, bahasa yang sesuai tapi sekali-sekala tak tepat. Pemahaman yang memuaskan mengenai bahasa dan konteks. Fungsi memuaskan dalam bahasa.
Band 3 140-179
Modest user
Sederhana bahasa. Sederhana expression dan fasih, bahasa yang sesuai tapi ketara sangat kantoi salah guna perkataan. Pemahaman sederhana bahasa dan konteks. Dapat berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.
Band 2 101-139
Limited user
Limited sangat. kurang expression, tak fasih dan penggunaan bahasa tak tepat yang menyebabkan kerosakan communication. Pemahaman yang terhad bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad untuk berfungsi dalam bahasa.
Band 1 <100
Extremely limited user
kau balik tanam sayur, kalau tak nak pegi masuk cambridge cuti sem ni
hahaha, okay lah,sorry kalau marah ke kan, main main je last tu, i wish i can you tell more, but sampai situ je idea ni ada, kalau ada pape sila lah tanya ye? untuk siapa yang amik exam kat TTDI Jaya this coming July, see you there and Best of Luck!